Assalamualaikum.
situasi di sebuah kedai makan sementara menunggu makanan disiapkan
pakcik A(P.A): anak ni dah keje ke?
F: Belum pakcik
P.A : ada berapa tahun lagi?
F: inshaa Allah kalau tak de apa2 lagi setahun lebih pakcik
P.A : okla lagi setahun. 4 tahun dah mengharunginya. takkan setahun lagi x mampu
f: inshaa Allah pakcik. :)
P.A : susah tak ambil medic nie?
F: semakin lama semakin susah juga pakcik. :(
P.A : biasalah susah. belajar pasal manusia, ciptaan Allah yg indah. mmg lah susah. tp kalau kawan2 awk boleh, pakcik yakin awk boleh
F: inshaa Allah pakcik. doakan ye.
P.A: kerja Doktor nie mulia tau. dia pengantara pesakit dengan Allah. memang lah bukan dia yg sembuhkan. tp dia lah yg menjadi org tengah antara pesakit dengan Allah. setiap hari dia bersengkang mata jaga org sakit sana sini smpai kadang2 dia sakit tp takpe, ganjaran pahala dia besar sgt nak. setiap kali awk masuk wad untuk bekerja, malaikat catat amal kebaikan awk. catat pahala awk. yang penting, ikhlas kan hati Lillahitaala. pakcik bangga tengok anak2 muda islam terutamanya ambil bidang perubatan ni. pakcik rasa seronok sgt tengok. pakcik doakan anak juga berjaya nnti. lepas habis belajar pakcik jumpa awk balik dlm masa 10 tahun silap2 awk dah jadi Dr pakar wanita muslimah yg disegani dah. inshaa Allah la ye.
Allahu. ada sebab Allah suruh beli makanan kat kedai tu. mungkin utk dipertemukan dengan pakcik ni. sedikit sebanyak menaikkan semangatku utk sentiasa memperbetulkan niat Lillahitaala. :')
kalau awk mengejar wang ringgit, trust me, dengan bertahun2 awk belajar, tekanan emosi, mental, tgk kawan2 dah grad, smbg master, settle down and etc, semua nie tak berbaloi dengan gaji yg awk dpt. lebih baik awk ambil kos2 lain yg lebih cepat habisnya and lebih kurang stressnya.
kerja ini mungkin susah. selalu tgk houseman2 doktor2 lari sana sini tanpa sempat makan atau minum, doktor yg muka serabut berlari sana sini di emergency ward, but then, akan ada masa kau mampu tersenyum bahagia melihat mereka2 yg berjaya kau bantu. saat melihat pesakit keluar dlm keadaan lebih sihat, perasaan itu, ye. perasaan itu membahagiakan. bila mana kau melihat ada yg mati di katil hospital, ye masa itu, kau merasai bahawa mati itu sentiasa dekat dan kau mula mencari Ilahi. manusia needs constant reminder agar iman mereka sentiasa menaik instead of menurun. profesion ini, sentiasa membuatkan aku terdiam saat terleka dan terus bersujud kembali.
aku sering diingatkan bahawa profesion ini bermakna kita sudah tiada masa untuk kita. kita akan sentiasa bekorban untuk pesakit2 yg ada, untuk org lain. profesion ini bermksd keseluruhan hidupmu dah tak sepenting kehidupan orang lain. ye. sangat menggerunkan. tp aku yakin. jika ikhlas niat kita Lillahita'ala inshaa Allah Allah akan sentiasa permudahkan. inshaa Allah.
ada sebab Allah letakkan aku di profesion ini. ada hikmah yg tersembunyi. terima kasih ya Allah :)
No comments:
Post a Comment