Assalamualaikum
How was your day? harap2 semuanya sihat2. oh and jangan lupa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ciptaan indah yang Maha Esa. at least bertambah sehari utk memohon keampunan atas segala dosa yang telah kita lakukan.
apakah yg dimaksudkan dengan stigma?
a mark of disgrace or infamy; a stain or reproach, as on one's reputation
masyarakat masa kini tidak lari dari stigma. Stigma yg akhirnya akan membunuh sesebuah masyarakat itu sendiri. antara perkara yg seringkali menjadi stigma org ramai adalah para penagih dadah.
tidak dinafikan, i was one of those yg ada stigma terhadap mereka. kalau jalan sebelah2 seboleh2 nya nak lari laju laju. sebolehnya nak guna jalan lain. kalau terpegang barang yang mereka pegang rasa takut teramat. astagfirullahalazim. dasyat kan? but Alhamdulillah. selepas masuk medical school, ia mengubah persepsi sy 100% tentang mereka mereka ini.
"jangan hisap dadah. tu kerja ahli neraka tu".
Astagfirullah. Alhamdulillah, my stigma have never come to that extend. but ini adalah antara few conversation yg pernah didengar drpd masyarakat masa kini. Siapa kita utk menentukan mereka adalah ahli neraka? ahli syurga kah kita? 100% yakin kita akan end up ke syurga?
Syurga, Neraka, hanya Allah sahaja yg mengetahui di mana pengakhiran kita. kita bukan sesiapa utk mengadili mereka. pernah dengar kisah lelaki yg membunuh 99 orang yang akhirnya dimasukkan ke syurga?
Pada awalnya membunuh 95 orang, ingin berubah tetapi disebabkan stigma masyarakat pada ketika itu yg menghinanya dengan mengatakan Allah tidak akan menerima taubatnya akhirnya menyebabkan die membunuh 4 orang lagi.
selepas membunuh 99 org, beliau akhirnya meninggal dlm perjalanan untuk berubah. Allah menghantar para malaikat untuk mengira jarak dri segala dosanya membunuh dan jaraknya ke arah kebaikan. seteah dihitung, dia sudah menghampiri kebaikan. akhirnya, beliau dimasukkan ke syurga. Allahu, Allah Maha pengasih, peyayang dan pengampun.
sama juga dalam kes drug addict ni. siapa kita untuk menghukum? mungkin mereka sedang dalam usaha untuk berubah. mungkin mereka ingin berubah tetapi stigma masyarakat yg menyebabkan mereka memberhentikan niat tersebut.
mereka hanya melakukan 1 kesilapan, tetapi malangnya kesilapan mereka terlalu besar sehingga menyebabkan masa depan mereka terganggu. mereka hanya tersilap kerana ingin mencuba, kerana terambil dadah pertama yg menyebabkan mereka terpaksa ambil yg kedua dan seterusnya. kita juga ada melakukan kesilapan, tpi Alhamdulillah kesilapan kita tak sebesar mereka yg boleh menjejaskan masa hadapan kita.
selepas bercakap dengan a few drug addict, i came to a conclusion, mereka juga mahu berubah.mereka juga mahu jadi orang biasa yg mempunyai pekerjaan, kelurga, kebahagiaan. mereka juga ingin dihormati. sama seperti kita. kerana kita manusia. tetapi kesilapan mereka telah menghancurkan semuanya. semua org buat silap, sama ada besar atau tidak sahaja.
kita sebagai masyarakat seharusnya prihatin, bantu mereka. stop semua stigma buruk terhadap mereka. apa yg akan kira rasa jika kita berada di tempat mereka? sakit bukan? ada yg ingin berubah tapi membatalkan niat apabila dihina dan dicaci sebagai sampah msyarakat. kenapa harus mereka diperlakukan seperti itu?
bantu mereka, pimpin mereka, jadikan mereka sebahagian dr kita. bantu mereka untuk berubah, jangan dipandang hina akan mereka. inshaa Allah mereka juga ingin berubah.
ada orang kata, tak semua yg nak berubah. ramai yang teruk. TAK SEMUA bukan, bukannya SEMUA mereka tidak ingin berubah. jdi mengapa kita membiarkan mereka yg ingin berubah hanya utk sebahagian lain yg tidak ingin?
moga ini dapat membuka mata dan hati mereka di luar sana untuk put this stigma thingy to an end. inshaa Allah. Amin. :)
No comments:
Post a Comment